urussyarikat.com by RZ BUSINESS MANAGEMENT

KENALI KAMI

Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2012


*TENTANG PENGASAS*

*Rohamiza Zainudin*
Bacc(Hons)Uitm(CA-mia)

Certified Chartered Accountant by Malaysian Institute of Accountant (MIA)*
Certified Practising of Company Secretary*
Certified HRDF Trainer*
Certified Professional Business Coaching*


Beliau adalah Pengasas kepada RZ Business Management sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan Sekretari Syarikat untuk penubuhan syarikat Sdn. Bhd. , Pengurusan dan penyediaan Perakaunan, khidmat nasihat percukaian dan Pengurusan Audit Syarikat.

Kelebihan beliau di bidang perakaunan adalah merupakan nilai tambah bagi beliau sebagai seorang Setiausaha Syarikat. Beliau bukan sahaja dapat membantu pemilik perniagaan dalam penubuhan syarikat Sdn Bhd, urusan-urusan perubahan dalaman syarikat seperti penambahan modal atau “paidup capital”, perubahan status pengarah-pengarah dan status pemegang-pemegang saham syarikat, malah mampu memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan cukai yang lebih teratur dan bersistematik serta pengurusan Laporan Audit Tahunan mengikut standard perakaunan yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan di Malaysia.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pada tahun 2007 beliau telah diberi pengiktirafan sebagai seorang Akauntan Bertauliah ‘Chartered Accountant’ oleh sebuah badan professional – Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan seterusnya beliau telah diberikan “Practice Certificate” oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA) pada tahun 2012 untuk memegang profile sebagai seorang Setiausaha Syarikat yang berdaftar.

Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 18 tahun dalam menjalankan dan membantu urus tadbir pihak pengurusan atasan di bahagian perakaunan, kewangan syarikat dan sumber manusia serta terlibat secara langsung dalam pembentangan Bajet Tahunan sepanjang berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan industry minyak dan gas (Oil & Gas Insdustry)

Accountability

Setiap tugas adalah AMANAH. Kami berusaha menjaga Amanah ini agar kami mempunyai Nilai yang tinggi terhadap mutu perkhidmatan kami yang boleh dipercayai dan kami memegang Amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.

Fast action

Tidak bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan Amanah. Setiap tugas dan Amanah perlu dilaksanakan segera dan sebaik mungkin serta bertawakal kepada NYA agar setiap tugas dan Amanah dipermudahkan.

Dedication

Bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas dan Amanah yang diberikan. Ini bermakna setiap dari kami bekerjasama sebagai satu pasukan yang komited terhadap tugas dan Amanah serta berdedikasi agar matlamat dan sasaran dapat di capai.

accomplishment

Kami percaya tiada kejayaan yang mustahil boleh di capai. Setiap pencapaian perlukan tindakan dan kesungguhan. Kata orang mereka yang Bersungguh-sungguh boleh mengubah dunia dan itulah sesuatu yang kami hendak capai.

Leadership by example

Setiap sesuatu perkara dilakukan dengan sebaik-baiknya dengan memberi contoh yang terbaik untuk di ikuti agar setiap seorang dapat menjadi contoh yang terbaik kepada yang lain. Dengan menjadi Ketua yang baik yang dapat bersama-sama memberi komitment di dalam pasukan dan menunjukkan cara dan panduan pasti akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa hebat.